Perisai Keselamatan.

Soalan lazim tentang Program Perlindungan Lanjutan.

Mendaftar dalam Perlindungan Lanjutan

Siapa yang harus mendaftar dalam Program Perlindungan Lanjutan?

Orang yang akaunnya mengandungi fail sangat berharga atau maklumat sensitif harus mempertimbangkan Perlindungan Lanjutan. Google sangat mengesyorkan agar wartawan, aktivis, eksekutif perniagaan dan orang yang terlibat dalam pilihan raya mendaftar.

Saya mempunyai beberapa akaun. Akaun manakah yang harus saya daftarkan?

Jika anda berisiko tinggi terhadap serangan dalam talian yang disasarkan, kami mengesyorkan supaya anda mendaftarkan akaun kerja dan peribadi anda dan mungkin akaun ahli keluarga anda juga.

Saya mempunyai Akaun G Suite. Bolehkah saya mendaftar?

Jika anda mempunyai Akaun G Suite (Akaun Google organisasi), anda boleh mendaftarkan akaun itu secara berasingan dengan kelulusan pentadbir. Mulakan proses pendaftaran untuk mengetahui sama ada pentadbir anda telah mendayakan Perlindungan Lanjutan Jika tidak, hubungi terus pentadbir anda.

Saya seorang pentadbir G Suite untuk pasukan atau organisasi. Bolehkah saya mendaftarkan semua orang?

Ya. Kami mengesyorkan supaya anda mendaftarkan semua akaun dalam mana-mana organisasi yang mungkin disasarkan, seperti kempen; kumpulan politik, wartawan atau aktivis serta organisasi yang berkaitan dengan pilihan raya.

Membuat persediaan untuk mendaftar

Berapakah kos Perlindungan Lanjutan?

Program Perlindungan Lanjutan ialah perkhidmatan percuma. Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu membeli kunci keselamatan jika anda tidak memilikinya.

Adakah saya memerlukan perkakasan atau perisian khas?

Ya, anda harus mempunyai dua kunci keselamatan, salah satu kunci boleh jadi kunci terbina dalam telefon anda. Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu kunci keselamatan semasa mendaftar.

Jika telefon anda menjalankan Android 7 ke atas atau iOS 10.0 ke atas dengan apl Google Smart Lock anda boleh menggunakan kunci keselamatan terbina dalam telefon anda sebagai kunci utama anda. Tiada kos tambahan untuk menggunakannya. Anda juga harus membeli kunci fizikal luaran sebagai sandaran.

Jika telefon anda tidak dapat digunakan sebagai kunci keselamatan, anda perlu membeli kunci fizikal sebelum mendaftar dalam Perlindungan Lanjutan. Anda masih perlu memesan kunci keselamatan fizikal kedua sebagai sandaran anda.

Harga kunci keselamatan berbeza-beza mengikut model. Anda boleh membeli Kunci Keselamatan Titan Google atau sebarang kunci yang menyokong standard terbuka FIDO. Anda juga berpeluang melihat kunci yang disyorkan semasa pendaftaran.

Adakah terdapat perkara yang harus saya sediakan sebelum mendaftar?

Ya. Tambahkan email dan nombor telefon pada Akaun Google anda supaya mudah untuk dipulihkan jika tidak dapat diakses.

Pengguna iPhone

Menggunakan akaun anda dengan Perlindungan Lanjutan

Apa yang boleh saya jangkakan selepas mendaftar? Apa yang akan berbeza?

Kebanyakan aktiviti akaun harian anda tidak akan berbeza.

  • Perubahan terbesar ialah salah satu kunci keselamatan anda diperlukan apabila anda log masuk ke akaun anda pada peranti baharu (atau log masuk pada telefon anda setelah log keluar). Kunci keselamatan yang paling mudah ialah kunci yang terbina dalam telefon anda.
  • Anda mungkin mendapati anda menerima lebih banyak makluman atau amaran sebelum memuat turun fail atau memasang apl. Perlindungan yang kuat terhadap perisian hasad terbina dalam semua produk Google, seperti Gedung Google Play dan Google Chrome, tetapi Perlindungan Lanjutan melakukan pemeriksaan yang lebih ketat.
  • Beberapa ciri keselamatan akaun yang menjadi pilihan akan dihidupkan dan disimpan secara automatik untuk akaun anda.

Menggunakan kunci keselamatan

Apakah kunci keselamatan dan bagaimanakah cara untuk mendapatkannya? Berapakah bilangan kunci keselamatan yang saya perlukan?

Kunci keselamatan mungkin terbina dalam telefon anda atau merupakan kunci fizikal luaran, sama seperti yang anda miliki untuk rumah atau kereta anda. Sama ada telefon atau kunci fizikal luaran anda, anda mempunyai objek yang tidak mungkin dimiliki oleh penggodam, meskipun mereka mengetahui kata laluan anda.

Perlindungan Lanjutan memerlukan kunci keselamatan semasa anda log masuk ke akaun anda pada peranti baharu (atau pada telefon anda, jika anda log keluar dan log masuk semula). Akaun yang memerlukan kunci adalah jauh lebih selamat daripada serangan berbanding akaun yang hanya memerlukan kata laluan.

Anda memerlukan sekurang-kurangnya satu kunci keselamatan untuk mendaftar dalam Perlindungan Lanjutan dan kami sangat mengesyorkan agar anda menambahkan kunci kedua sebagai sandaran semasa atau sebaik sahaja selepas pendaftaran.

Kunci keselamatan yang terbina dalam telefon anda

Kunci keselamatan yang paling mudah adalah kunci yang terbina dalam telefon anda — iaitu perisian yang membenarkan telefon anda bertindak sebagai kunci keselamatan. Kami mengesyorkan kunci ini sebagai kunci akaun utama anda.

Kunci terbina dalam ini dapat mengesan apabila peranti yang anda log masuk berada berdekatan, ini bermakna mungkin anda yang sedang log masuk. Pengguna tanpa izin mungkin boleh mendapatkan kata laluan anda, tetapi sangat kecil kemungkinan telefon anda berada berdekatan apabila mereka cuba log masuk ke akaun anda daripada peranti lain.

Kunci fizikal luaran

Kunci sandaran kedua anda adalah kunci luaran. Kunci ini akan mengelakkan anda terhalang daripada mengakses akaun jika anda kehilangan telefon (atau kunci utama lain).

Terdapat pelbagai jenis kunci luaran. Anda mungkin memalamkan kunci USB dalam telefon anda untuk log masuk, menyimpan kunci Bluetooth berdekatan atau pegang kunci NFC berdekatan telefon anda semasa anda log masuk.

Anda boleh membeli Kunci Keselamatan Titan Google atau sebarang kunci yang menyokong standard terbuka FIDO. Anda juga berpeluang melihat kunci yang disyorkan semasa pendaftaran.

Jika anda tidak mempunyai telefon yang menjalankan Android 7 ke atas atau iOS 10.0 ke atas, anda tidak akan dapat menggunakan telefon anda sebagai salah satu kunci keselamatan anda. Anda perlu membeli kunci luaran sebagai kunci utama anda untuk mendaftar. Anda masih perlu memesan kunci kedua sebagai sandaran.

Adakah saya perlu membawa kunci saya bersama sepanjang masa? Bagaimana jika saya kehilangan kunci itu?

Anda memerlukan kunci keselamatan untuk log masuk ke Akaun Google anda pada peranti baharu atau jika anda log keluar daripada akaun pada telefon anda dan perlu log masuk semula. Perkara ini mungkin tidak kerap berlaku, tetapi anda akan mahukan kunci anda ada bersama apabila berlaku. Jangan lupa untuk membawa kunci itu bersama anda semasa melancong.

Jika anda kehilangan kunci dan masih log masuk pada salah satu peranti anda, lawati account.google.com untuk menambah atau menggantikan kunci. Jika tidak, serahkan permintaan untuk memulihkan akaun anda. Google mungkin memerlukan beberapa hari untuk mengesahkan orang itu ialah anda dan memulihkan akses anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak Soalan Lazim, lawati
Pusat Bantuan Perlindungan Lanjutan.
Daftar dalam Perlindungan Lanjutan.