Perisai Keselamatan.

Sistem keselamatan Google yang paling kukuh menjaga keselamatan maklumat peribadi anda.

Program Perlindungan Lanjutan melindungi pengguna yang mempunyai maklumat sensitif dan keterlihatan tinggi, yang berisiko menjadi sasaran serangan dalam talian. Perlindungan baharu ditambahkan secara automatik untuk menghalang pelbagai ancaman hari ini.

Perlindungan Lanjutan menghalang serangan dalam talian yang disasarkan.

Menghalang akses tanpa izin kepada akaun anda

Taktik pancingan data yang canggih dapat menipu pengguna yang paling cerdik supaya memberikan bukti kelayakan log masuk mereka kepada penyerang. Perlindungan Lanjutan menghendaki anda menggunakan kunci keselamatan, yang merupakan peranti perkakasan atau perisian khas pada telefon anda yang digunakan untuk mengesahkan identiti anda, untuk log masuk ke Akaun Google anda. Pengguna tanpa izin tidak akan dapat log masuk tanpa kunci keselamatan anda, walaupun mereka mempunyai nama pengguna dan kata laluan anda.

Memberi perlindungan tambahan daripada muat turun berbahaya

Penyerang menggunakan pelbagai strategi untuk membuat anda memuat turun perisian berbahaya atau perisian hasad daripada web kepada peranti anda. Perlindungan terhadap perisian hasad terbina dalam Google Chrome, tetapi Perlindungan Lanjutan melaksanakan pemeriksaan yang lebih ketat sebelum setiap muat turun. Perlindungan ini membenderakan atau menyekat anda daripada memuat turun fail yang mungkin berbahaya. Pada telefon Android anda, hanya pemasangan apl daripada gedung yang disahkan seperti Gedung Google Play dan gedung apl pengeluar peranti anda yang dibenarkan.

Pastikan maklumat peribadi anda selamat

Apabila anda mendaftar apl atau perkhidmatan baharu, anda sering diminta untuk memberikan akses kepada maklumat dalam Akaun Google anda seperti kenalan, lokasi, kalendar atau fail Drive anda. Biasanya akses ini tidak menimbulkan risiko, tetapi sesetengah penyerang menyamar sebagai perkhidmatan pihak ketiga yang sah untuk mendapatkan akses kepada akaun anda. Untuk mengelakkan akses tanpa izin, Perlindungan Lanjutan hanya membenarkan apl Google dan apl pihak ketiga yang disahkan untuk mengakses data Akaun Google anda dan hanya dengan kebenaran anda.

Perlindungan Lanjutan di tempat kerja.

Daftar dalam masa beberapa minit.

Terdapat pelbagai cara untuk mendaftar, tetapi kami mengesyorkan agar anda menggunakan kunci keselamatan telefon anda kerana cara ini paling mudah untuk bermula.

Menggunakan kunci keselamatan terbina dalam telefon anda

Android: Dengan telefon Android 7.0+, pendaftaran hanya memerlukan beberapa ketik dengan mendaftarkan kunci keselamatan terbina dalam telefon anda.

iPhone: Jika anda mempunyai iPhone yang menjalankan iOS 10.0+, pasang apl Google Smart Lock untuk mendaftarkan kunci keselamatan anda terlebih dahulu, kemudian daftar.

Phone in Hand

Menggunakan kunci fizikal

Untuk menggunakan kunci fizikal, beli Kunci Keselamatan Titan atau sebarang kunci keselamatan yang mematuhi FIDO untuk mendaftar. Kami syorkan dua kunci – satu sebagai kunci utama anda dan satu sebagai sandaran.

Hand to Port
Menghalang serangan dengan Perlindungan Lanjutan.

Dapatkan sistem keselamatan Google yang paling kukuh untuk melindungi data anda daripada ancaman yang sedang berkembang hari ini. Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat soalan yang paling kerap diajukan kepada kami.

Lawati Pusat Keselamatan Google untuk mengetahui tentang semua cara Google memastikan anda lebih selamat dalam talian.